fbpx

Lantik Ahmad Zahid TPM, semua faktor diambil kira- Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua dari kanan) pada sidang akhbar di Perdana Putra tadi. FOTO FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Semua faktor telah diambi kira sebelum melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Itu penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan Ahmad Zahid sudah didakwa di mahkamah tapi belum dijatuhkan hukuman.

Susulan itu, katanya, semua pihak perlu menghormati proses itu.

“Itu hak mereka untuk pertikaikan (pelantikan Ahmad Zahid) tetapi alasan yang mempertikai itu siapa dan alasan apa.

“Dia (Ahmad Zahid) ialah kebetulannya Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan dalam Kerajaan Perpaduan ini saya akan ambil kira semua faktor itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, beliau secara konsisten sudah menyuarakan perkara berkaitan rasuah ini sejak bertahun-tahun bahawa orang yang memperjuangkan soal rasuah seharusnya bersih daripada perbuatan itu.

Jelasnya, seseorang itu tidak boleh memperjuangkan soal menolak rasuah sebaliknya mengambil projek beratus-ratus juta.

Anwar berkata, beliau pernah dicabar ketika kempen pilihan raya lalu untuk mengisytiharkan harta.

“Saya sanggup isytiharkan harta termasuk di dalam dan luar negeri dan saya turut meminta ketua Perikatan Nasional (Pengerusi Perikatan Nasional) di Malaysia dan Australia dan beberapa negara lain tapi tiada jawapan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk pimpinan Perikatan Nasional mempertikai pelantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri berikutan terpalit dengan kes pendakwaan di mahkamah.

Pada masa ini, Ahmad Zahid dalam peringkat membela diri terhadap dakwaan kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM17.9 juta.

September lalu, Timbalan Perdana Menteri itu dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI