fbpx

Terbang ke Qatar, Whee-in ‘dicemburui’ rakan artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHEE-IN

GIGIH menonton perlawanan Piala Dunia secara langsung di stadium, Whee-in daripada kumpulan Mamamoo terus membuat keputusan untuk terbang ke Qatar.

Dia berbuat demikian untuk menyaksikan perlawanan pasukan Korea Selatan menentang Portugal.

Perkara itu dikongsikan Whee-in dalam Instagramnya selepas meraikan kemenangan Korea menentang Portugal 2-1.

“Kamu semua sudah buat yang terbaik. Terima kasih untuk perlawanan yang menakjubkan dan saya akan menyokong dalam aksi seterusnya,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Dalam hantaran tersebut, selebriti seperti Wetboy dan Yoon Ji-sung meninggalkan komen cemburu terhadap Whee-in.

Admin kumpulan Mamamoo juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen.

“Mereka menang disebabkan tenaga dan semangat yang awak berikan. Tahniah,” tulis admin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI