PUTRAJAYA – Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, perincian mengenainya akan diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, pagi esok.
“Harap harga telur yang akan diumumkan esok lebih murah dan mengurangkan kebergantungan kepada kartel demi memastikan bekalan cukup dan harga dikurangkan,” katanya.
Katanya, sebarang penetapan harga berhubung siling baharu harga telur akan diumumkan menteri berkaitan esok. – KOSMO! ONLINE