fbpx

Dua tapak pelupusan sampah baharu dikenal pasti di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izani (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada pengusaha hotel bajet yang menerima penghargaan tempat pertama bagi Pertandingan Hotel Bajet pada Malam Penghargaan MPKB-BRI Bersama Pengusaha Hotel di Kota Bharu semalam. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mengenal pasti dua lokasi di daerah Tanah Merah dan Tumpat untuk dijadikan tapak pelupusan sampah baharu bagi mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, kerajaan mengakui tapak sedia ada di Beris Lalang, Bachok dekat sini, hampir penuh dan tidak mampu menampung pertambahan jumlah sampah.

“Insya-Allah perbincangan mengenai perkara ini akan dilakukan secepat mungkin.

“Selain itu, kerajaan negeri juga melakukan penambahbaikan di kawasan tapak pelupusan sampah Beris Lalang bagi memastikan jangka hayat kawasan itu bertahan lebih lama.

Mungkin boleh dijadikan tempat mencari barangan yang boleh dikitar semula,” katanya ketika ditemui pemberita pada Malam Penghargaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Bersama Pengusaha Hotel di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut Izani berkata, pihaknya juga bercadang memanfaatkan sampah di kawasan tapak pelupusan menerusi penghasilan biokompos dan keperluan lain.

Katanya, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan pihak syarikat yang mahu bekerjasama bagi menswastakan tapak pelupusan sampah.

“Ia merupakan salah satu langkah untuk memastikan jangka hayat tapak pelupusan di Kelantan lebih lama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI