fbpx

Safawi dikhabarkan berhijrah ke Liga Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI (kanan) yang dilaporkan tamat kontrak bersama JDT pada 30 November lepas dikaitkan dengan kelab divisyen satu Thailand, Ratchaburi FC.

PENYERANG kebangsaan, Safawi Rasid bakal pemain negara terbaharu yang akan berkelana ke Liga Thailand selepas dilaporkan sudah pun melengkapkan perjanjian dengan kelab divisyen satu, Ratchaburi FC.

Menerusi ciapan di laman sosial Main Stand – International, Pengerusi Ratchaburi FC, Ta­nawat Nitikanchana mengesahkan Safawi dan pihak kelab sudah mencapai kata sepakat dan pemain itu akan mengisi slot import Asia Tenggara.

“Buat masa ini, rundingan sudah selesai. Pemain itu (Safawi) akan menyertai pasukan selepas selesai tugasan bersama pasukan kebangsaan dan saya harap ia akan membina kelompok penyokong baharu buat kelab ini,” katanya.

Selepas mengharungi 15 perlawanan, Ratchaburi FC kini be­rada di tangga ketiga Liga Thailand dengan 29 mata di belakang Buriram United (39 mata) dan Chonburi FC (30 mata).

Daripada data transfermarket, kontrak Safawi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tamat pada 30 November lalu dan sebelum ini terdapat juga khabar angin yang mengaitkan namanya dengan negeri kelahiran, Terengganu FC.

Sejak menyertai Harimau Selatan pada 2017, pemain kelahiran Dungun, Terengganu yang baharu selesai melangsungkan perkahwinan dengan Syifa Melvin berjaya memainkan peranan penting kepada perjalanan luar biasa JDT.

Malah, sejak beberapa tahun lalu, namanya turut menjadi pemain tetap setiap kali skuad kebangsaan mengharungi tugasan antarabangsa.

Harimau Malaya kini dalam persiapan akhir untuk menghadapi aksi persahabatan antarabangsa menentang Kemboja dan Maldives pada Jumaat dan 14 Disember ini sebelum meneruskan aksi pada Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI