PENYANYI Chuu yang telah dibuang oleh Block Beryy Creative daripada kumpulan LOONA kini sedang aktif dalam saluran YouTube.
Chuu memuat naik video berjudul Chuu Can Do It walaupun terlibat dalam kontroversi baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Chuu belajar cara bermain sukan tenis dengan seorang tetamu jemputan iaitu penyanyi Jo Yu-ri.
Rata-rata pengikut meninggalkan komen dalam bentuk sokongan atas apa yang telah menimpa penyanyi kesayangan mereka itu.
Malah, pengikut Chuu meningkat kepada 1.24 juta pelangga dan jumlah tontonan semakin meningkat berikutan insiden yang berlaku.
Bahkan, ramai rakan artis dan peminat tidak percaya dakwaan Block Beryy Creative ke atas Chuu sehingga perlu dibuang daripada kumpulan tersebut.