fbpx

Murid hampir rebah kerana terlalu mengantuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kanak-kanak perempuan yang memakai tudung hitam hampir 'tumbang' akibat terlalu mengantuk sewaktu menyertai program di sekolah

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang hampir ‘tumbang’ kerana mengantuk sewaktu menyertai program di sekolahnya menarik perhatian netizen semalam.

Menerusi hantaran yang dibuat @izafriahmad di TikTok, pelajar itu yang memakai tudung hitam hampir rebah akibat mengantuk, namun sempat dibantu pelajar lain.

“Letih, penat dan mengantuk, tetapi masih tetap bersemangat dan setia duduk dalam program yang berlangsung,” kata pengguna bernama Izaff.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kesungguhan pelajar menyertai program tersebut meskipun hampir tumbang akibat mengantuk.

“Apa agaknya yang dia mimpi? Sudah bertongkatkan tangan pun masih juga tidak berupaya melawan rasa mengantuk,” tulis seorang netizen.

“Bab mengantuk usah dibawa bermain kerana ia boleh menjangkiti rakan terdekat contohnya adik bertudung merah jambu,” seloroh pengguna lain.

“Hebat sungguh tindakan refleks otak manusia yang mampu menyokong tubuh badan walaupun sedang tidur,” komen seorang netizen.

Sehubungan itu, terdapat juga netizen yang sempat berkongsi pengalaman masing-masing menerusi ruangan komen tersebut.

“Saya juga pernah mengalami situasi seperti ini yang berusaha menahan rasa mengantuk semasa tazkirah subuh dalam masjid. Sebaik saja terjaga, orang di sebelah sudah tiada. Tidak ada sesiapa pun yang mengejutkan saya,” kata seorang pengguna di TikTok.

Rentetan itu, hantaran tersebut berjaya meraih sebanyak 527,500 jumlah tontonan dan 46,800 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI