fbpx

Maya Karin diserang panik, mujur Faizal Hussein jadi ‘hero’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYA KARIN mengakui tiba-tiba diserang panik semasa menjadi penyampai FFM32 di sisi pelakon Faizal Hussein, Jumaat lalu.

PETALING JAYA –  Hadir tanpa diundang, aktres berkaliber Maya Karin mengakui tiba-tiba diserang panik atau ‘panic attac’k ketika menjadi penyampai trofi pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore Melaka pada Jumaat lalu.

Semasa kejadian, Maya, 43, dilihat tiba-tiba menggigil dan gagal untuk berdiri dengan seimbang sehingga nekad untuk membuka kasut ketika menyampaikan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Kata pelakon filem Ombak Rindu itu, membuka kasut tumit tinggi merupakan cara untuknya mengelak diri daripada terus pengsan di atas pentas.

“Saya perlu tanggalkan kasut tumit tinggi untuk elak daripada pengsan dan berdiri dengan kaki menyentuh permukaan.

“Terima kasih seribu kali kepada teman penyampai, Faizal Hussein. Hero saya, sangat gentleman, siap kutip kasut saya yang tertinggal atas pentas,” katanya.

Sementara itu, Faizal pula menerima pujian ramai dengan sikap prihatinnya terhadap Maya ketika situasi tersebut.

“Dia sangat bagus dan sentiasa dalam berjaga-jaga sehingga letak tangan di belakang Maya,” puji netizen.

“Kasihan Maya, ketika nampak tangan dia menggigil, sudah boleh jangka dia kena serangan panik,” komen seorang lagi netizen.

Maya sebelum ini pernah membuat pendedahan tentang masalah kegelisahan melampau atau anxiety yang menghantui hidupnya sejak lapan tahun lalu.

Jelitawan kacukan Melayu-Jerman itu juga pernah gagal dalam uji bakat sebuah filem antarabangsa Crazy Rich Asian dan teater muzikal Puteri Gunung Ledang akibat serangan panik sehingga tidak dapat memberi fokus sepenuhnya.

Paling teruk, pemenang beberapa kali trofi pelakon wanita terbaik filem Anugerah Skrin dan FFM itu diserang anxiety ketika sedang melakukan aktiviti skuba di Sabah hujung tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI