PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan sehingga pukul 11 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, di Selangor ia melibatkan Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, manakala Negeri Sembilan membabitkan Port Dickson.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya pada hantaran Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE