fbpx

Lelaki temui ajal ketika mendaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disyaki mengalami serangan jantung dan tidak sedarkan diri ketika mendaki.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 49 tahun, meninggal dunia ketika mendaki Bukit Sri Bintang, di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa disyaki mengalami serangan jantung dan tidak sedarkan diri.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK II), Shaharudin Mat Daud, pihaknya dihubungi pemanggil pada pukul 5.33 petang yang meminta bantuan bomba untuk membawa turun mangsa.

“Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas tiba pada pukul 5.58 petang dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Perkhidmatan Penyelamatan, jentera Perawatan Kecemasan (EMRS) bersama 11 anggota dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

“Anggota bertindak melakukan CPR namun setibanya pihak Kementerian Kesihatan (KKM), mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa turun ke kawasan parkir menggunakan pengusung,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI