fbpx

‘Bodyguard’ kacak PM-10 tular lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengawal keselamatan Anwar yang tular dalam kalangan netizen.

PETALING JAYA – Sebelum ini pengawal keselamatan Perdana Menteri ke-10 (PM-10), Datuk Seri Anwar Ibrahim hangat diperkatakan netizen yang menyifatkannya berwajah kacak.

Pendapat tersebut mungkin ada benarnya berikutan ramai juga yang tidak ketinggalan cuba mendekati lelaki tinggi lampai itu.

Dalam satu video yang dikongsikan pemilik Siti Rohani di TikTok, seorang wanita kelihatan sedaya upaya hendak bergambar dengan lelaki itu yang jelas kelihatan agak segan untuk berbuat demikian.

Melihatkan lelaki tersebut semakin mendapat perhatian umum, ada netizen mengatakan kini dia juga perlu seseorang untuk menjaga keselamatan dirinya seperti PM-10.

“Hidup dalam ketakutan dah dia. Rasanya dia pulak perlukan bodyguard,” komen Hsrul417.

“Akhirnya makngah ni yang dapat. Moga pengiring DSAI terus kuat sebab DSAI kuat bekerja, dikerumuni rakyat,” kata Jogheng pula.

“Wah makcik bukan main lagi suruh kawan ke tepi,” kata netizen yang lain.

Turut menarik perhatian, terdapat komen netizen yang mendakwa lelaki tersebut bukan calang-calang orangnya.

“Mantap, bekas penembak tepat komando 69, 2009,” kongsi Salam@Afran.

Sejauh mana kebenarannya, mungkin suatu hari nanti para netizen akan mendapat jawapannya atau mungkin perlu tunggu sehingga disahkan oleh empunya diri.

Sehingga kini video tersebut berjaya meraih sebanyak 640,800 jumlah tontonan sejak dikongsikan, semalam,” KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI