fbpx

Senyuman manis Jemaah Menteri selepas tinggalkan Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub melambai tangan kepada pengamal media ketika meninggalkan Istana Negara

KUALA LUMPUR – Senyuman manis dilontarkan beberapa Jemaah Menteri ketika meninggalkan Istana Negara selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

Antara yang sempat melambai tangan ke arah pengamal media di pintu 2 Istana Negara ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Turut memberi respon terhadap pengamal media yang menunggu ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang meninggalkan Istana Negara kira-kira pukul 5.45 petang diselangi Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada pukul 6 petang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 27 Ahli Parlimen selesai mengangkat sumpah jawatan menteri Kabinet baharu berlangsung di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pukul 4 petang tadi.

Mengetuai istiadat tersebut adalah dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi dan disusuli 24 Menteri Kabinet baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI