fbpx

G7, EU setuju harga siling minyak Russia AS$60

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bertarikh 25 Ogos 2022 menunjukkan sebuah stesen minyak Moscow Russia. - AFP

BRUSSELS – Negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) dan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju menetapkan harga siling AS$60 (RM263.25 ) ke atas minyak mentah Russia kelmarin dalam usaha menafikan sumber kewangan Kremlin untuk membiayai perang di Ukraine.

Harga siling yang dirundingkan di peringkat politik antara G7 dan EU itu itu akan berkuatkuasa bersama-sama sekatan Eropah ke atas minyak mentah Russia bermula hari ini.

Sekatan itu akan menghalang penghantaran minyak mentah Russia melalui kapal-kapal tangki ke EU yang merangkumi dua pertiga import benua berkenaan. Ia berpotensi mengurangkan dana perang Russia sehingga berbilion-bilion euro.

“G7 dan Australia mencapai persetujuan harga maksimum AS$60 setong untuk minyak mentah Russia selaras dengan konsensus bersama EU,” kata G7 dalam satu kenyataan.

G7 berkata, pihaknya mengotakan janji untuk menghalang Russia mendapat keuntungan daripada perang keganasannya ke atas Ukraine di samping menyokong kestabilan dalam pasaran tenaga global dan meminimumkan kesan sampingan negatif akibat perang.

Harga siling itu direka supaya lebih sukar untuk melepasi sekatan dengan menjual minyak mentah kepada rantau di luar EU.

Duta Poland,  Andrzej Sados berkata, Brussels akan mengambil kira cadangan Poland dan negara-negara Baltik supaya melaksanakan sekatan pusingan kesembilan yang lebih ‘menyakitkan serta mahal’ ke atas Moscow.

Dalam perkembangan berkaitan, White House mengalu-alukan harga siling tersebut kerana dapat mengekang keupayaan Putin membiayai ‘mesin perang’ Kremlin.

Selepas mengalami kekalahan memalukan dalam perang yang disifatkan sebagai konflik bersenjata terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, Russia mula menyasarkan infrastruktur tenaga Ukraine pada Oktober lalu, menyebabkan negara musuhnya bergelap.

Putin berkata, serangan ke atas infrasruktur Ukraine tidak dapat dielakkan dalam perbualan pertama beliau dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz sejak pertengahan September lalu.

“Langkah itu terpaksa dan tidak dapat dielakkan susulan serangan provokasi Kiev ke atas infrastruktur awam Russia,” kata Putin semasa perbualan telefon dengan Scholz.

Serangan Russia telah memusnahkan hampir separuh sistem kuasa Ukraine dan menyebabkan berjuta-juta penduduk bergelap serta kesejukan menjelang musim sejuk bulan ini. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI