fbpx

Pembunuh kanibal Jepun meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAGAWA tidak pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan membunuh seorang pelajar Belanda pada tahun 1981. – AFP/Getty

TOKYO – Seorang lelaki jepun yang dikenali sebagai pembunuh kanibal  kerana memperkosa, membunuh dan memakan seorang pelajar wanita Belanda, meninggal dunia pada usia 73 tahun, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Issei Sagawa yang mendapat julukan ‘Kanibal Kobe’ kerana melakukan pembunuhan itu pada tahun 1981,  mati akibat penyakit  radang paru-paru pada 24 November lalu.

Upacara pengebumiannya hanya dihadiri saudara-mara terdekat, tanpa perancangan majlis secara umum, kata adik lelaki dan seorang rakan mendiang dalam satu kenyataan.

Pada 1981, Sagawa melanjutkan pelajaran di Paris. Dia menjemput seorang pelajar Belanda, Renee Hartbelt ke rumahnya. 

Sagawa kemudian menembak leher wanita itu, merogolnya sebelum memakan bahagian badan mangsa selama tiga hari. Sagawa seterusnya membuang lebihan anggota badan Renee di taman Bois de Boulogne, lokasi di mana dia ditangkap.

Pakar-pakar psikiatri me­nganggap Sagawa tidak layak untuk dibicarakan di mahkamah. Dia pada awalnya ditahan di sebuah institut mental di Perancis sebelum dihantar ke Jepun.

Sagawa disahkan waras oleh pihak berkuasa Jepun, namun dibebaskan selepas pertuduhan terhadapnya di Perancis digugurkan.

Dia bagaimanapun tidak me­rahsiakan pembunuhan itu dan memanfaatkan kemasyhurannya termasuk menulis sebuah novel bertajuk In The Fog yang  mendedahkan butiran pembunuhan itu secara terperinci.

Sagawa turut menceritakan butiran kejadian dan obsesi berterusan dialaminya kepada  kanibalisme dalam beberapa temu bual dan sebuah dokumentari bertajuk  Caniba pada 2017.

“Keinginan saya untuk makan seorang wanita telah berubah menjadi satu kewajipan,” katanya semasa menghadiri temu bual bersama saluran media Vice.

Gambar dari tempat kejadian memaparkan 12 pinggan kertas diisi dengan bahagian badan mangsa yang sudah dikerat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI