fbpx

MAIS minta buat temu janji untuk urusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma MAIS. Gambar hiasan

NOR AZIHAN MD. GHAZALI

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meminta orang ramai yang mempunyai urusan dengan jabatan itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar membuat temu janji terlebih dahulu.

Setiausahanya, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, hanya pelanggan yang sudah membuat temu janji sahaja akan dibenarkan membuat urusan.

Menurutnya, orang ramai yang mahu membuat temu janji boleh menghubungi talian yang disediakan mengikut jabatan atau menghantar permohonan ke [email protected].

“Temu janji ini digunapakai sepanjang PKPB yang bermula hari ini hingga 27 Oktober depan.

“Tindakan yang dilakukan MAIS ini sebagai salah satu langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat khususnya di negeri ini,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI