fbpx

Suarez tahan air mata selepas Korea Selatan jaring gol penamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAREZ dilihat menahan air mata ketika berada di bangku pemain simpanan Uruguay. - BBC

DOHA – Bekas pemain Liverpool dan Barcelona, Luis Suarez menangis selepas mengetahui pasukan Korea Selatan memenangi perlawanan menentang Portugal sekali gus menyingkirkan Uruguay daripada Piala Dunia 2022, lapor akhbar Daily Star semalam.

Uruguay sebelum ini dilihat mampu mara ke pusingan 16 terakhir selepas menang 2-0 ketika menentang Ghana. 

Dalam perlawanan dengan Portugal, Korea Selatan dilihat memerlukan keajaiban selepas ketinggalan 1-0. 

Pemain pertahanan Korea Selatan, Kim Young-gwon kemudian mengembalikan kedudukan pasukan Asia itu, sebelum Hwang Hee-chan menjaringkan gol kemenangan pada minit pertama masa kecederaan.

Gol penamat Korea Selatan menyebabkan Uruguay menduduki tempat ketiga dalam kumpulan, setelah kelihatan akan mara bersama juara kumpulan, Portugal.

Situasi itu cukup berat bagi Suarez yang duduk di bangku pemain simpanan Uruguay. Ketika kamera tertumpu ke kawasan itu, Suarez dilihat menahan air mata dan meletakkan tangan di belakang kepala kerana tidak percaya apa yang berlaku.

Uruguay yang mendahului 2-0 untuk majoriti permainan gagal meraih satu gol yang diperlukan pada masa kecederaan untuk menjadikan kedudukan 3-0 ketika tersingkir dari Piala Dunia dengan perbezaan gol.

Sesetengah peminat melabelkannya sebagai karma untuk telatah Suarez menentang Ghana pada Piala Dunia 2010. Dia melakukan handball pada garisan untuk menafikan jaringan negara Afrika itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI