fbpx

Kerajaan Perpaduan terbuka terima pandangan, tenaga OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – “Kerajaan Perpaduan pimpinan saya akan terus memberi fokus kepada usaha pemantapan dan pemerkasaan golongan OKU melalui kebijakan yang tuntas.”

Demikian kata-kata yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberi peluang kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) untuk menerajui negara.

Menurut Anwar, meskipun golongan tersebut diuji dengan halangan fizikal dan mental, mereka seharusnya diberi peluang menyumbang keringat serta buah fikiran dalam pelbagai lapangan di negara ini.

“Ia temasuklah dalam hal membangun masyarakat dan negara.

“Diskriminasi di pelbagai bidang terhadap golongan OKU mesti dihentikan, dan sebaliknya kita mesti rangkul segala upaya yang ada untuk membela semua terutamanya golongan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

Dalam pada itu, Anwar turut meraikan Sambutan Hari OKU Sedunia 2022 yang disambut hari ini.

“Selamat Menyambut Hari OKU Sedunia, 3 Disember 2022,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI