fbpx

PN ikrar jadi pembangkang telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

LARUT – Perikatan Nasional (PN) berikrar untuk menjadi pembangkang yang lebih telus dan sentiasa memperjuangkan nasib rakyat.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, walaupun berada di pihak pembangkang, mereka tetap akan bertanggungjawab membantu membentuk negara ini dengan lebih baik.

“Jadi kepada semua pengundi PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu janganlah berasa kecewa, sentiasalah mengamalkan sikap bersabar.

“Dalam kempen kita yang lalu, kita selalu mengatakan bahawa kita akan sentiasa menentukan masa depan kita secara jujur dan ikhlas dan apa juga yang berlaku dihadapan kita ini belum ada garis penamatnya lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Parlimen Larut di Dewan Terbuka Tapak Bazar Ramadan Selama di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI