fbpx

Makhluk bertaring didakwa bunuh 40 ekor lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kematian 40 ekor lembu masih disiasat oleh jabatan hidupan liar di negeri Colorado, AS. - Foto Getty Images

DENVER, Colorado – Pasukan penyiasat hidupan liar di negeri Colorado keliru selepas menemui berpuluh-puluh bangkai lembu di sebuah kawasan pedalaman di negeri itu, lapor akhbar Guardian.

Kejadian pelik itu mendapat liputan akhbar-akhbar di Amerika Syarikat dengan New York Post menyiarkan tajuk utama, mencadangkan bahawa lembu-lembu itu mungkin dibunuh oleh makhluk misteri yang tidak meninggalkan sebarang jejak.

Kira-kira 40 ekor lembu dan anak lembu ditemui mati dekat bandar Meeker, barat laut Colorado sejak dua bulan lalu.

Pihak berkuasa pada mulanya menyalahkan serigala berikutan kematian itu tetapi beberapa pegawai taman dan hidupan liar Colorado berkata, hanya lima daripada 40 ekor lembu yang mati menunjukkan kecederaan yang mempunyai kaitan dengan serangan serigala.

Seorang penternak yang kehilangan anak lembu, Jerry Klinglesmith menulis dalam akhbar The Fence Post mengenai apa yang dia fikirkan mungkin telah berlaku.

“Senario paling mungkin adalah seperti berikut (iaitu) serangan haiwan bertaring yang jelas telah mencetuskan permulaan penyebab kematian yang masih tidak dapat disimpulkan,” tulis Klinglesmith.

Klinglesmith bersama-sama doktor haiwan, pegawai Taman Colorado dan Hidupan Liar serta pakar lain terus menyiasat punca kematian lembu-lembu tersebut.

Walaupun kes itu sebahagian besarnya masih menjadi misteri, teori baharu yang tiada kaitan dengan serigala telah muncul.

Pengurus Taman Hidupan Liar Colorado dan Wilayah Barat Laut, Travis Blackdan Klinglesmith berkata, lembu-lembu itu mungkin dijangkiti kaki hitam iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria Clostridium, lapor akhbar The Coloradoan pula.

Bagaimanapun, keputusan patologi masih belum mengesahkan sama ada penyakit itu menjadi punca kematian lembu-lembu tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI