fbpx

Kerjasama Farm Fresh demi masa depan generasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Wakil Sim Education Group, Yumi Hoo; Eng Hwa; Ketua Pegawai Eksekutif Flexigo Trip Sdn. Bhd., Sean Yong; Azmi Zainal; Beng Suat dan Wakil LTS Academia, Teoh Xue Ni selepas sesi menandatangani Memorandum Persefahaman di Queensbay Mall, di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Selepas melancarkan Farm Fresh Grow, iaitu susu rumusan khusus untuk kanak-kanak berusia setahun ke atas, syarikat tenusu, Farm Fresh membentuk kerjasama bagi meningkatkan kesedaran tentang kebaikan susu.

Kerjasama dengan Flexigo Trip Sdn. Bhd., Persatuan Pengusaha Institusi Pendidikan Pulau Pinang, LTS Academia, Persatuan Majikan Pusat Pendidikan Malaysia dan SIM Education Group itu bertujuan mendidik kanak-kanak tentang kebaikan minum susu dan untuk menyokong pengedaran susu Farm Fresh Grow sebagai pilihan susu yang lebih berkhasiat.

Kolaborasi berkenaan secara keseluruhannya merangkumi lebih 100 institusi pendidikan termasuk tadika, pusat tuisyen, dan taska di sekitar Pulau Pinang dan seramai kira-kira 10,000 kanak-kanak dijangka bakal mendapat manfaat daripadanya.

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal berkata, kerjasama itu memastikan ibu bapa diberi didikan tentang kebaikan susu dan cara menyemak label sebelum memberikan susu kepada anak-anak mereka.

Tambahnya, kanak-kanak juga berpeluang menikmati khasiat tenusu asli yang diperkaya dengan nutrisi penting untuk tumbesaran, yang mana Farm Fresh Grow diperbuat dengan tenusu lembu semula jadi dan diperkaya dengan DHA, inulin, protein, kalsium, serta 22 vitamin dan mineral.

“Kerjasama ini saya harap boleh kita kembangkan ke seluruh Malaysia, untuk memastikan semua anak-anak dari pra-sekolah mendapat manfaat dari kebaikan susu.

“Susu Farm Fresh Grow diperbuat daripada tenusu lembu asli dan diperkaya dengan nutrisi penting untuk anak-anak berumur setahun ke atas.

“Penting supaya ibu dan ayah menjaga pemakanan dan diet anak-anak sejak kecil kerana tahun-tahun awal ini merupakan tempoh yang paling penting untuk sistem imuniti dan tumbesaran mereka,” katanya ketika ditemui di Queensbay Mall, di sini baru-baru ini.

Azmi sempat bergambar bersama dif-dif kehormat, tetamu dan kanak-kanak selepas majlis.

Azmi menambah, dengan format terbaharu susu rumusan yang sedia diminum, ibu bapa tidak perlu risau tentang penyediaan susu untuk anak-anak.

Susu Farm Fresh Grow boleh dibekalkan kepada anak-anak berserta sarapan atau makanan tengah hari setiap hari, dan sesuai diminum di sekolah tanpa perlu dibancuh seperti susu formula biasa.

“Senang dan memudahkan ibu ayah, tak perlu lagi untuk pening fikir macam mana nak bagi susu pada anak-anak. Sekalikan Farm Fresh Grow dengan bekal anak-anak dan ajar anak-anak minum.

“Ini bukan hanya susu segar, Farm Fresh Grow adalah susu segar yang ditambah dengan khasiat seperti vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak. Sekarang ibu ayah tak perlu risau lagi tentang kandungan dalam susu formula kerana Farm Fresh Grow mengandungi hanya khasiat yang semuanya baik!” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Institusi Pendidikan Pulau Pinang, Dr Lim Beng Suat berkata, kolaborasi berkenaan membolehkan kanak-kanak di tadika, pusat pendidikan, taska dan pusat tuisyen di bawah persatuannya menikmati susu Farm Fresh Grow yang mengandungi khasiat yang baik dan penuh dengan kebaikan nutrisi yang membantu tumbesaran.

“Kami sangat berbangga untuk berkolaborasi bersama Farm Fresh Berhad dan dapat memberi susu yang bukan sahaja berkhasiat, malah sangat enak untuk anak-anak,” tambah Presiden Persatuan Majikan Pusat Pendidikan Malaysia, Dr. Lee Eng Hwa.

Farm Fresh Berhad dan Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. kini menawarkan lebih daripada 135 produk yang terdiri daripada variasi susu segar, susu UHT, susu berperisa, susu berasaskan tumbuhan, produk berasaskan yogurt, jem buah-buahan dan sos.

Susu Rumusan UHT Farm Fresh Grow boleh dibeli di 99 Speedmart, Jaya Grocer, atau dari stokis berdekatan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI