fbpx

[VIDEO] Dua anjing dipercayai bertuan serang orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan dua ekor anjing menyerang orang awam dipercayai berlaku di Kuala Ketil.

PETALING JAYA – Satu rakaman video detik cemas orang awam diserang anjing ketika berada di sebuah kawasan perumahan dipercayai di Kuala Ketil, Kedah tular di media sosial pagi ini.

Video dikongsikan Ruziana Daud575 di TikTok itu memaparkan seorang wanita dan lelaki terpaksa berusaha keras mempertahankan diri daripada diserang haiwan berkenaan.

Lebih menakutkan, anjing-anjing yang dipercayai bertuan itu tidak berganjak dan menyerang mereka walau telah dihalau berkali-kali.

“Kejadian pagi Sabtu 3 Disember 2022. Sebelum kejadian ada seorang mangsa dah kena gigit. Lelaki yang membantu pun kena gigit.

“Maaf kami tak dapat bantu hanya rekod sebagai bukti dah banyak kali anjing ini mengganas dan tuan dia terlepas di kawasan Taman Desa Bidara,” katanya menerusi perkongsian itu.

Perkongsian tersebut menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen sekali gus menggesa pihak berwajib bertindak segera sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

“Bahaya ni kalau budak-budak. Allahuakbar, tak tahu nak cakap,” ujarnya.

“Kita tahu anjing kita garang jangan sesekali lepas. Nanti kalau orang bunuh salahkan orang pula,” komen Umang pula.

“Kat tempat tinggal saya banyak anjing liar. Baru-baru ni masa baru balik kerja hampir diserang. Syukur ada yang tolong kalau tak teruk juga la, tiga ekor lagi,” kongsi Mumy Eica.

Sehingga kini, rakaman tersebut ditonton sebanyak 88,100 kali dengan 472 komen sejak dimuat naik tujuh jam lalu. – KOSMO! ONLINE

@ruzianadaud575 #kualaketil #poliskualaketil #fypdongggggggg ♬ sad – 卜宗晖

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI