fbpx

Anwar tiba di Istana Negara, angkat sumpah Jemaah Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melambai tangan kepada petugas media semasa memasuki Istana Negara melalui Pintu 1 bagi menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jemaah Menteri hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jemaah Menteri hari ini.

Kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam yang membawa Perdana Menteri memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu 1 kira-kira pukul 2.37 petang.

Terdahulu, turut kelihatan tiba adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.

Turut kelihatan tiba Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Seramai 28 Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira pukul 3 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI