fbpx

[VIDEO] Sekali lafaz, Da’i Syed, Hana Ismail kini suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS dua bulan mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu, Syed Iqmal dan Hana Ismail selamat disatukan sebagai suami isteri pada sebuah majlis akad nikah di Masjid Ibnu Mas’ud, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal selamat bergelar suami kepada pengacara, Hana Ismail dalam sebuah majlis akad nikah di Masjid Ibnu Mas’ud pukul 11:43 pagi tadi.

Hana atau nama lengkapnya Nurulhana Ismail, 36, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Sementara, wang hantaran Hana atau lebih dikenali sebagai Hana Al-Mauzah pula dirahsiakan.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga wali, Ismail Dahwan dengan lafaz akad dalam bahasa Arab.

Sejurus akad nikah dilafazkan, Syed, 27, Hana kelihatan tenang, namun ibunya sangat sebak ketika berada di sisinya sepanjang majlis berlangsung.

Dalam majlis penyatuan hati tersebut, pasangan mempelai bersetuju tiada sebarang pertukaran dulang hantaran kerana mereka telah berbuat demikian ketika melangsungkan pertunangan pada Oktober lalu.

Turut kelihatan selebriti Datin Seri Umie Aida, Irma Hasmie dan Sharifah Haslinda hadir bagi menyaksikan penyatuan pasangan selebriti itu.

Pada sebelah malam ini, pasangan pengantin akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Shah Alam, Selangor.

Terdahulu, pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan secara tertutup di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor pada Oktober lalu.

Perkenalan pasangan merpati dua sejoli itu berlaku dalam masa singkat apabila disatukan oleh Umie Aida selepas Syed meluahkan rasa suka terhadap Hana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI