fbpx

Saifuddin Nasution sedia pikul amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution ketika mengangkat sumpah di Dewan Negara, pagi ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertegas akan memainkan peranan efektif, sesuai dengan pelantikan yang diamanahkan.

Katanya, pengalamannya sebagai sebahagian anggota pentadbiran sebelum ini membolehkan beliau memahami lebih mendalam fungsi dan tugas hakiki kementerian yang baharu diterajuinya itu.

“Ini kali pertama saya menduduki jawatan sebagai Ahli Dewan Negara dan saya faham ini adalah tempat di mana kita menggubal undang-undang serta tempat kita mainkan peranan untuk merangka semua rencana untuk kebaikan kepada negara dan rakyat.

“Saya tidak bermula dengan zero (kosong) dalam memahami fungsi kementerian sebab saya sebahagian anggota pentadbiran dan saya juga tekun membaca isu-isu yang bersabit dengan kementerian,” katanya selepas selesai mengangkat sumpah di Dewan Negara kira-kira jam 9 pagi ini selepas dilantik menyertai barisan Kabinet, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI