fbpx

Miliki rumah melalui skim Al-Amali dengan kadar 3.25 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiap bank ada cara unik untuk mempromosikan pembiayaan perumahan kepada pelanggan masing-masing. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan  had pembiayaan perumahan-i Al-Amali  berkonsepkan Murabahah Tawarruq sehingga RM10 juta kepada pelanggan yang berkelayakan untuk memiliki kediaman idaman masing-masing.

 Menurut kenyataan yang dikeluarkan bank tersebut, pinjaman perumahan yang ditawarkan pada kadar serendah 3.25 peratus sehingga 35 tahun itu bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai kumpulan sasaran untuk memiliki rumah dalam keadaan yang semakin mencabar kini.

“Jenis pembiayaan yang kami tawarkan termasuklah dalam kategori rumah siap, masih dalam pembinaan dan juga lelongan

“Tidak ketinggalan kategori yang ditawarkan merangkumi pembiayaan semula baki pembiayaan rumah dan mencagar semula rumah,” katanya di sini.

CBP menjelaskan, selain membuka permohonan kepada mereka yang bekerja, ia tetap ditawarkan kepada mereka yang bekerja sendiri atau berniaga serta dapat membuktikan pendapatan bulanan yang kukuh dan stabil.

“Umur pemohon juga adalah tidak kurang dari 18 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.

“Selain itu mereka yang mahu memohon, seharusnya tidak memiliki rekod muflis atau bankrap atau mempunyai rekod dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Mereka perlu mempunyai rekod baik dengan bank atau mana-mana institusi kewangan,” jelas kenyataan tersebut.

 Tambah CBP, permohonan  secara bersama adalah dibenarkan dengan bilangan pemohon tidak melebihi dua orang dengan syarat pemohon juga mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan yang terdekat. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI