fbpx

PKR dapat 8 jawatan menteri, UMNO 6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO menguasai separuh daripada senarai menteri Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Berdasarkan senarai penuh, PKR mengisi lapan jawatan menteri termasuk Menteri Kewangan yang disandang oleh Anwar, manakala Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilantik sebagai Menteri Ekonomi.

UMNO pula mengisi enam jawatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyandang jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Selain Ahmad Zahid, turut dilantik adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi), dan Datuk Seri Khaled Nordin (Menteri Pendidikan Tinggi).

Parti-parti lain yang turut mengisi jawatan Menteri Kabinet ialah DAP (4), PBB (3), Amanah (2), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (1), Parti Demokratik Progresif (1), Parti Rakyat Sarawak (1), Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (1) dan satu jawatan lagi diisi oleh pegawai kanan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI