PETALING JAYA – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dilantik kembali sebagai Menteri Pengangkutan di bawah Kabinet kerajaan perpaduan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada sidang media khas di Putrajaya tadi.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Seremban itu pernah memegang jawatan tersebut di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. – KOSMO! ONLINE