PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kesemua barisan Kabinet yang telah dilantik akan mengangkat sumpah di Istana Negara esok.
Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah memperkenan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan baginda yang akan diadakan pada pukul 3 petang.
Terdahulu, Anwar mengumumkan sebanyak 28 menteri dilantik bagi membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE