fbpx

Tok Mat, Rafizi muka baharu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Mohamad dan Rafizi.

PETALING JAYA – Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan beberapa muka baharu yang dilantik sebagai Menteri.

Antaranya adalah Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi.

Mohamad Hasan, 66, yang juga Timbalan Presiden UMNO pernah memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini sejak tahun 2004 sehingga 2018.

Lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat, beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk N27, Rantau dan merupakan ketua pembangkang di DUN Negeri Sembilan.

Selain itu, Rafizi Ramli, 45, antara sosok yang dinantikan untuk membarisi ahli Kabinet selepas beliau memenangi kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-15 di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Rafizi mempunyai latar belakang sebagai graduan daripada University of Leeds, England sebelum bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London pada tahun 2003.

Beliau kemudian diterima sebagai ahli akauntan bertauliah di England dan Wales (ICAEW) serta Institusi Akauntan Malaysia (MIA) pada tahun yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI