fbpx

Orang ramai kutip wang tunai bertaburan di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengambil wang yang bertaburan di sebuah lebuh raya di Ohio pada Selasa lalu. - Foto Jabatan Pengangkutan Jalan/WLWT

COLUMBUS, Ohio – Wang tunai berterbangan menyebabkan lalu lintas di sebuah lebuh raya utama di negeri Ohio, Amerika Syarikat (AS) terhenti disebabkan pemandu-pemandu keluar daripada kenderaan masing-masing untuk mengutipnya, lapor akhbar MailOnline semalam.

Rakaman video oleh Jabatan Pengangkutan Ohio menunjukkan orang ramai berdiri di tengah-tengah lebuh raya empat lorong yang sibuk termasuk penguat kuasa undang-undang untuk mengambil wang tunai tersebut.

Keadaan huru-hara itu menyebabkan beratus-ratus kereta dan lori terhenti pada Selasa lalu.

Anggota-anggota penguat kuasa undang-undang daripada Pasukan Peronda Lebuh Raya berada di tempat kejadian untuk membantu mengutip wang tersebut, manakala tiada laporan mengenai sebarang perlanggaran undang-undang lalu lintas yang berlaku.

Jurucakap Jabatan Pengangkutan Negeri Ohio, Kathleen Fuller memberitahu bahawa pihaknya menutup bahagian selatan lebuh raya tersebut untuk tempoh antara 45 minit sehingga satu jam sebelum ia dibuka semula.

Beliau berkata, anggota-anggota Peronda Lebuh Raya Ohio berada di tempat kejadian untuk membuat penutupan fizikal dan kekal berada di lokasi berkenaan. 

Menurut Fuller, kereta-kereta berhenti di tepi lebuh raya dan orang ramai keluar daripada kereta masing-masing untuk mengambil wang tunai.

Kata Fuller, dia tidak tahu sama ada ada wang tersebut dijatuhkan dari kereta atau trak.

Setakat ini, juga tidak diketahui sama ada wang tunai itu palsu atau sebaliknya tetapi menurut seorang anggota polis, tidak ada laporan mengenai syarikat perniagaan tempatan yang kehilangan wang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI