fbpx

Wakil rakyat lelaki pukul wakil rakyat wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang Ahli Parlimen lelaki memukul kepala seorang wanita semasa sesi pembentangan bajet di Dakar semalam. – AGENSI

DAKAR – Satu pergaduhan tercetus di Parlimen Senegal semalam selepas seorang ahli Parlimen pembangkang lelaki memukul kepala wakil rakyat wanita daripada parti pemerintah di Dakar, lapor Daily Mail.

Insiden berlaku ketika hubungan  antara ahli politik parti pemerintah dan pembangkang semakin keruh.

Semasa sidang pembentangan bajet, ahli Parlimen pembangkang, Massata Samb menghampiri dan memukul kepada Amy Ndiaye Gniby daripada gabungan parti pemerintah, Benno Bokk Yakaar (BBY) sekali gus mencetuskan pergelutan antara ahli-ahli Parlimen.

Gniby kemudian melemparkan kerusi ke arah Samb sebelum dia terjatuh,  manakala ahli-ahli Parlimen lain turut bergaduh.

Sidang kemudian digantung kerana suasana di Parlimen yang bertukar dengan aksi bertumbuk dan penghinaan.

Ketegangan semakin meningkat antara ahli politik pemerintah dan pembangkang sejak pilihan raya tempatan diadakan pada Julai lalu yang mana parti pemerintah kehilangan majoriti selesa, sebahagiannya berpunca daripada kebimbangan bahawa Presiden Macky Sall akan bertanding untuk penggal ketiga pada tahun 2024. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI