fbpx

Remaja gagal miliki kad pengenalan kerana tidak mirip ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILAI mempunyai semua dokumen diperlukan untuk mendapatkan kad pengenalan anaknya. - Khaosod

BANGKOK – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Thailand gagal mendapatkan kad pengenalan kerana pegawai pejabat daerah mendakwa dia tidak kelihatan seperti ibunya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ibu remaja itu, Wilai Thongton, 40, kemudian meluahkan kekecewaannya kerana kegagalan itu dan mempersoalkan mengapa warga asing yang menguruskan tempat-tempat hiburan lebih mudah mendapat kad pengenalan berbanding orang Thailand sendiri.

Wilai memberitahu bahawa dia telah berpindah dari Udon Thani untuk berkahwin di Chiang Rai dan mempunyai seorang anak perempuan bersama suaminya.

Selepas mereka bercerai, dia berpindah ke Buriram dan berkahwin semula. Dia kemudian terputus hubungan dengan anak perempuannya yang tinggal bersama bekas suaminya.

Wilai bertemu semula dengan anak perempuannya pada 25 November lalu setelah remaja itu menemui nama Wilai pada sijil kelahirannya dan menjejaki ibunya di laman Facebook. 

Wilai tahu bekas suaminya pergi ke Korea Selatan untuk bekerja dan tidak pernah pulang ke rumah. Anak perempuannya terpaksa tinggal bersama datuk dan neneknya sejak mereka bercerai.

Setelah mengetahui anaknya tiada kad pengenalan, Wilai menyuruh dia datang ke Buriram kerana untuk memprosesnya di pejabat daerah Nong Hong.

Bagaimanapun, pegawai daerah enggan mengeluarkan kad itu, dengan menyatakan: “Anak perempuan anda tidak kelihatan seperti anda.”

Pegawai itu sebaliknya memberitahu Wilai dan anak perempuannya untuk kembali ke Chiang Rai.

Mereka mempunyai semua dokumen yang diperlukan dan mencuba beberapa kali untuk mendapatkan kad pengenalan itu tetapi pegawai sama tetap menolaknya.

Wilai merayu kepada media untuk mengetengahkan kisahnya dan menggesa jabatan kerajaan menyelesaikan isu itu. Wilai berkata, pangkalan data penduduk di pejabat daerah sepatutnya bersambung antara satu sama lain.

Setiausaha Tetap pejabat daerah Nong Hong, Sunantha La-iat, memaklumkan bahawa isu itu sensitif dan mereka bekerja mengikut proses. Kad pengenalan akan diluluskan atau tidak bergantung kepada ketua daerah.

Ketua pejabat daerah Nong Hong tidak membuat pengumuman atau penjelasan mengenai kes itu sehingga kini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI