fbpx

Kaunter zakat Baitulmal MAIWP beroperasi sepanjang tempoh PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kaunter zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini hingga 27 Oktober depan.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan MAIWP, kaunter Baitulmal di ibu pejabat MAIWP di bangunan PERKIM dan sembilan buah Pusat Agihan Zakat (Paza) Baitulmal di sini beroperasi pukul 8.30 pagi hingga 4 petang.

“Kesemua kaunter akan beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali kaunter Paza di UTC Pudu dan UTC Keramat yang beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

“MAIWP akan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan semasa menjalankan urusan di kaunter,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, penerima bantuan zakat kewangan bulanan dan bantuan zakat sewa rumah yang akan tamat pada Oktober dan November nanti akan disambung secara automatik.

“Ini akan memudahkan urusan kami dan juga 5,000 penerima bantuan yang lain.

“Selain itu, orang ramai juga digesa untuk melaporkan kepada MAIWP menerusi aplikasi Mobil Jejak Asnaf bagi sesiapa yang terjejas dan berada dalam kesusahan terutamanya semasa tempoh PKPB ini,” ujarnya. – K! ONLINE
.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI