fbpx

Agong kurnia bot gentian kaca, sumbangan buat asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan mencemar duli menyampaikan sumbangan bot jenis gentian kaca yang dilengkapi enjin dan jaket keselamatan kepada penduduk terjejas banjir. -foto DIANA SURYA ABD WAHAB

PEKAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli mengurniakan sumbangan lima buah bot jenis gentian kaca, di sini, hari ini.

Sumbangan peribadi baginda yang dilengkapi enjin dan jaket keselamatan itu dikurniakan kepada penduduk terpilih di daerah ini yang terjejas teruk akibat banjir saban tahun.

Titah baginda, sumbangan bot yang diberikan itu juga bukan sahaja digunakan oleh penerima sahaja malahan untuk membantu penduduk lain yang terjejas.

“Bot yang diberikan ini jangan pula dijual, pemberian saya ini nanti dapat juga membantu orang lain yang memerlukan dan tinggal berdekatan,” titahnya ketika menyampaikan sumbangan di Majlis Pengurniaan Bot dan Sumbangan Asnaf di Masjid Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

Pada majlis tersebut seramai 150 orang golongan asnaf turut menerima sumbangan peribadi baginda berupa wang tunai dan barangan keperluan harian.

Turut hadir mengiringi baginda, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI