fbpx

P. Pinang teruskan rundingan projek pindah air Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON YEOW ketika merasmikan majlis pecah tanah bangunan penyimpanan mayat kaum India di Padang Tembak, Air Itam, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri akan tetap meneruskan rundingan dengan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri Perak dan agensi berkaitan berhubung Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) meskipun Perak enggan membekalkan air untuk kegunaan di Pulau Pinang buat masa ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini berdasarkan laporan yang diterima daripada perunding Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi penelitian keadaan air di Perak Utara dan Pulau Pinang pada September lalu mendapati air dari Sungai Perak mencukupi untuk kegunaan di negeri terbabit.

“Kita memang akan teruskan usaha ini (rundingan) dengan Kerajaan Pusat, kementerian berkaitan dan kerajaan negeri Perak berhubung projek kritikal ini.

“Mengapa Menteri Besar Perak tidak petik hasil kajian ini, sila petik hasil kajian muka surat berapa, saya sudah teliti rumusan eksekutif daripada laporan perunding KASA yang memutuskan bekalan air (Sungai Perak) adalah mencukupi.

“Malah dalam laporan ini juga, ada option diberikan untuk pelaksanaan projek ini dan kos bagi setiap option serta komponan projek, rata-rata kos projek ini adalah RM4 bilion hingga RM5 bilion yang perlu dipertanggungjawab oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri terlibat,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan penyimpanan mayat kaum India di Padang Tembak, Air Itam, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan kerajaan negeri Perak tetap dengan keputusan tidak membekalkan air ke Pulau Pinang meskipun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah membentuk kerajaan campuran di peringkat Pusat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Projek SPRWTS kepada kerajaan Pulau Pinang tidak akan dilaksanakan kerana kapasiti yang ada hanya cukup untuk negeri itu sahaja.

Menurut Kon Yeow, sebelum ini pada 2009 Pulau Pinang melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) juga telah melakukan kajian mengenai bekalan air dari Sungai Perak dan hasil dapatan kajian itu juga adalah sama dengan laporan yang dikeluarkan oleh perunding KASA.

Tambah beliau, sebarang rundingan atau keputusan lanjut mengenai projek SPRWTS itu mesti berpandukan hasil laporan perunding KASA berkaitan bekalan air dari Sungai Perak itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI