fbpx

Anwar selesai menghadap Agong hampir sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR sempat melambai kepada pengamal media yang menunggu di perkarangan Istana Negara, di sini. -Foto FAUZI BAHARUDDIN.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

Difahamkan sesi mengadap hampir sejam itu dipercayai ada kaitan dengan penyerahan senarai barisan Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenderaan membawa Perdana Menteri keluar meninggalkan pekarangan pintu utama Istana Negara kira-kira pukul 9.16 pagi.

Dalam masa sama, Anwar sempat menurunkan tingkap dan melambai kepada pengamal media yang berkumpul di sini.-KOSMO ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI