fbpx

Tiada pengumuman Kabinet oleh PM hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mengumumkan senarai barisan Kabinet yang sebelum ini dijangka akan dibuat oleh beliau pada hari ini.

Pengumuman Kabinet itu bagaimanapun dijangka akan ditangguhkan sehingga minggu depan susulan beliau dipercayai masih belum memuktamadkan calon bagi mengisi barisan Jemaah Menteri.

Hal itu berlaku kerana beliau dipercayai perlu mempertimbangkan nama-nama yang dikemukakan oleh parti-parti yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang diketuainya.

Terdahulu, kehadiran Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa lalu telah menimbulkan spekulasi bahawa Kabinet akan diumumkan dalam masa terdekat.

Susulan sesi menghadap tersebut, ramai pihak yang menjangkakan pengumuman Kabinet pada Rabu bagaimanapun ia tidak berlaku dan diramalkan akan dibuat oleh beliau hari ini atau Jumaat sebelum Al-Sultan Abdullah berangkat ke luar negara pada Sabtu.

Bagaimanapun, berdasarkan senarai program Perdana Menteri yang diperolehi Kosmo! Online hari ini mendapati, beliau dijadualkan akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah esok diikuti dengan beberapa lagi program di negeri itu sehingga pukul 1 petang.

Al- Sultan Abdullah pula akan berangkat ke Masjid Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang esok bagi menunaikan Solat Jumaat dan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Bot serta Sumbangan Kepada Asnaf.

Sekiranya tiada pembentukan Kabinet dibuat dalam minggu ini, ia bermakna Anwar mentadbir kerajaan secara bersendirian tanpa Kabinet selama dua minggu selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI