fbpx

Sambutan FFM Ke-32 paling berprestij di Encore Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Nasir.

MELAKA – Penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32 di Encore Melaka di sini, malam esok dijangka melonjakkan lagi industri perfileman dengan sambutan paling berprestij sejak penganjurannya pada 42 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim berkata, acara tersebut akan menggunakan teknologi teater tercanggih dengan dewan penonton mampu bergerak mengelilingi empat pentas disediakan.

Katanya, auditorium itu boleh memuatkan kira-kira 2,000 penonton termasuk karyawan, artis veteran, penggiat seni tempatan dan luar negara yang dijemput pada sambutan festival berkenaan.

“Empat pentas yang terdapat di teater ini akan digunakan sepenuhnya untuk acara persembahan artis-artis jemputan, pentas utama, segmen lakonan dan reka bentuk rumah dahulu kala.

“Pentas ini akan bergerak ke hadapan ke kiri atau ke kanan manakala kerusi tempat duduk penonton di auditorium ini juga akan bergerak 360 darjah mengikut pentas yang membuat pertunjukan,” katanya.

Md. Nasir berkata, persiapan FFM 32 adalah yang paling cepat direkodkan susulan kemudahan pentas teater berteknologi tinggi itu.

“Festival ini adalah bagi meraikan semua karyawan dan seniman dalam bidang lakonan, termasuk 250 calon serta 21 artis veteran Singapura dan tempatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI