fbpx

Wanita ditahan selepas setahun jadi doktor palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ozkiraz ditahan dan didakwa kerana melanggar Undang-Undang Amalan Gaya Perubatan dan Sains Perubatan. - @DuvarEnglish/Twitt

ISTANBUL – Seorang ‘doktor’ di Turkiye yang berkhidmat selama lebih setahun ditahan selepas pihak berkuasa mendapati dia tidak memiliki sebarang kelayakan perubatan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ayse Ozkiraz bekerja di hospital negeri di bandar Cerkezkoy yang terletak kira-kira 109 kilometer dari kota Istanbul dan mendakwa dirinya ialah seorang pakar pediatrik.

Namun, rakan-rakan sekerjanya mula curiga mengenai pengetahuannya dalam bidang perubatan dan mula mempersoalkan latar belakang doktor palsu itu.

Ozkiraz, 20, mendakwa dia telah menamatkan pengajian dari Fakulti Perubatan Universiti Istanbul, namun beberapa tindak balasnya ketika bertugas dilihat kakitangan lain sebagai salah. Ia membuatkan mereka mempersoalkan mengenai prosedur perubatan standard wanita itu.

Selepas dia sering memberikan jawapan salah, pengurus hospital dimaklumkan mengenai perkara tersebut  yang mendorong polis memeriksa rumah Ozkiraz.

Polis kemudian menemui kad pelajar, doktor dan diploma palsu selain kad pekerja daripada beberapa hospital dan koleksi pakaian pembedahan turut dirampas.

Menurut Ozkiraz, dia hanya belajar sehingga sekolah tinggi.

“Ketika saya berada di sekolah tinggi, keluarga mahu saya menyambung pengajian di sekolah perubatan. Mereka percaya saya akan mendapat markah tinggi.

“Namun, ketika mengambil peperiksaan universiti selepas tamat sekolah, saya gagal. 

“Disebabkan enggan menghancurkan kepercayaan keluarga, saya memberitahu mereka bahawa saya diterima masuk ke Fakulti Perubatan Capa di Universiti Istanbul. Saya juga menyediakan semua dokumen (palsu) kepada keluarga,” katanya.

Ozkiraz telah ditahan dan didakwa kerana melanggar Undang-Undang Amalan Gaya Perubatan dan Sains Perubatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI