fbpx

3 lelaki curi liputan internet Thailand, siar Piala Dunia di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peralatan transmisi internet turut dirampas di bangunan itu sebagai bahan bukti. – Thairath

BANGKOK – Dua lelaki Thai dan seorang warga Kemboja ditahan selepas menggunakan jaringan internet Thailand untuk menyiarkan perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 secara haram serta mengendalikan sindiket pertaruhan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ketika menjalankan tugas Polis Diraja Thailand untuk mencegah kegiatan pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia, pegawai-pegawai mendapati suspek menggunakan pautan haram untuk menyiarkan perlawanan itu dekat daerah Aranyaprathate di wilayah Isaan, Sa Kaeo.

Kawasan itu terletak berhampiran bandar sempadan Thailand-Kemboja, Poipet, di mana banyak rumah perjudian beroperasi.

Ketika siasatan, polis mendapati bahawa jaringan internet di Poipet digunakan untuk menyiarkkan Piala Dunia dalam satu laman web perjudian.

Selepas dimaklumkan oleh polis Thailand, polis Kemboja menjalankan siasatan lanjut dan menyerbu sebuah bangunan di bandar berkenaan di mana mereka menemui tiga suspek mengendalikan laman web perjudian.

Peralatan transmisi internet turut dirampas di bangunan itu sebagai bahan bukti.

Suspek dikenali sebagai Jao Chain  yang merupakan warga Kemboja di samping dua lelaki Thailand, Theerawat Angsusorn dan Sarawut Tangha.

Ketiga-tiga mereka didakwa atas kesalahan menyeludup sambungan internet dari Thailand ke Kemboja secara haram menurut undang-undang negara itu.

Mereka juga akan dijatuhi dan menjalani hukuman di Kemboja. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI