fbpx

Ramai pelancong berswafoto dengan gunung berapi Mauna Loa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Gunung Berapi Mauna Lao meletuskan lahar pada 30 November lalu di Hawaii. -- US Geological Survey

HONOLULU – Beribu-ribu pelancong berpusu-pusu menyaksikan, manakala sebahagian mereka merakam swafoto dari jarak jauh di hadapan Gunung Berapi Mauna Loa yang memuntahkan laharnya di Hawaii, Amerika Syarikat (AS), lapor metro.co.uk kelmarin.

Gunung setinggi 4,169 meter (m) itu meletus Ahad lalu dengan menghambur kepulan abu gunung berapi ke langit dan serpihannya kemudian jatuh ke tanah. Mauna Loa tidak pernah meletus sejak 38 tahun yang lalu.

Lebuh raya utama menghubungkan bandar-bandar di pantai timur dan barat pulau terbesar di Hawaii itu menjadi tempat untuk pelancong menyaksikan fenomena tersebut dengan beribu-ribu kereta menggunakan jalan berhampiran Taman Negara Gunung Berapi.

Seorang daripada mereka, Anne Andersen sanggup meninggalkan syif kerjanya sebagai jururawat untuk melihat pemandangan letusan itu kelmarin kerana bimbang jalan itu akan ditutup tidak lama lagi.

Melihat gunung berapi itu meletuskan lahar, dia berkata, ia adalah alam semula jadi yang menunjukkan ‘wajahnya’ kepada kita dan cukup mengujakan.

Seorang lagi pelancong, Gordon Brown dari Loomis, California, dapat melihat lahar berwarna oren terang dari bilik tidur rumah sewanya dan dia keluar untuk melihat aktiviti gunung berapi tersebut bersama isterinya.

Menurut Brown, dia dan isteri mahu menyaksikan aktviti gunung berapi tersebut dari jarak dekat dan laharnya sangat terang.

Kali terakbhir Mauna Loa meletus adalah pada tahun 1984 dan letusan kali ini adalah yang ke-34 sejak penyimpanan rekod bertulis mula dilakukan pada tahun 1843. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI