fbpx

Wanita cuba buka pintu ketika pesawat terbang setinggi lebih 11,000 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elom Agbegninou ditangkap kerana cuba membuka pintu dan menggigit paha penumpang pesawat Southwest Airlines di AS baru-baru ini. - Foto Fox26

LITTLE ROCK – Seorang penumpang, Elom Agbegninou ditangkap polis selepas dia menimbukan situasi ‘cemas’ apabila cuba membuka pintu sebuah pesawat komersial pada ketinggian 11,277 meter (m) di ruang udara Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, lapor akhbar Daily Star.

Agbegninou, 34, juga didakwa menggigit paha mangsanya iaitu seorang penumpang lelaki yang kini begitu trauma sehingga menyebabkannya mengalami Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD). Mangsa turut menghubungi talian perkhidmatan pelanggan atau hotline veteran tentera untuk mendapatkan sokongan bagi mengatasi masalahnya.

Penumpang lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu juga terpaksa diberi ubat antibiotik dan suntikan untuk mencegah hepatitis di sebuah hospital selepas dia digigit dalam pesawat syarikat Southwest Airlines ketika dalam penerbangan dari Houston ke Columbus pada Sabtu lalu.

Walaupun mengalami kecederaan, lelaki malang itu berjaya ‘menumpaskan’ Agbegninou selepas dia terdengar kru syarikat penerbangan yang panik berkata, wanita tersebut menolak kru pesawat dan cuba membuka pintu pesawat tersebut.

Juruterbang pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Nasional Bill dan Hillary Clinton di Little Rock, Arkansas dengan ejen-ejen persekutuan menunggu untuk menahan suspek..

Pada satu ketika, dia mula menghantukkan kepalanya ke lantai pesawat, demikian menurut dokumen Mahkamah Daerah Timur Arkansas.

Agbegninou dilaporkan meninggalkan rumahnya untuk menaiki penerbangan tanpa membawa bagasi dan memilih untuk tidak memberitahu suaminya tentang perkara itu.

Agbegninou juga mendakwa dia mengalami masalah untuk bernafas tetapi mengaku bahawa dia masih ingat cuba membuka pintu pesawat dan menggigit seorang penumpang lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI