fbpx

Permohonan skim keselamatan sosial suri rumah dibuka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membuka permohonan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bermula hari ini bagi menyediakan perlindungan kepada golongan tersebut berdepan bencana pekerjaan dan keilatan mengurus rutin rumah tangga.

Inisiatif yang dibawa oleh Kementerian Sumber Manusia itu, adalah bagi mengiktiraf suri rumah disifatkan sebagai ‘Care Economy’ dan pembangunan institusi keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azam Aziz berkata, syarat-syarat mencarum adalah pencarum merupakan seorang suri rumah warganegara atau permastautin tetap yang berusia kurang daripada 55 tahun manakala had umur minimum mencarum.

Katanya, di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) luas memandangkan ia terbuka kepada wanita sama ada berkahwin atau belum dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau tidak merangkumi isteri, janda atau balu, ibu tunggal dan wanita bujang yang berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa.

“Suri rumah yang layak hanya perlu membuat bayaran caruman sebanyak RM120 setahun secara ‘in advance’ bagi menerima perlindungan selama 12 bulan berturut-turut serta memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah.

“Caruman ini adalah secara sukarela namun pihak suami amat digalakkan untuk mencarum bagi pihak isteri masing-masing. Malah mana-mana pihak ketiga juga termasuk ahli keluarga dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh membayar caruman untuk suri rumah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau memberitahu, SKSSR turut menyediakan Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Keilatan kepada suri rumah yang mencarum skim tersebut.

“Manfaat di bawah Perlindungan Bencana Domestik adalah faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis, faedah pengurusan mayat dan pencen penakat.

“Manakala, Perlindungan Keilatan pula menyediakan faedah seperti elaun keuzuran, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis,
faedah pengurusan mayat dan pencen penakat,” katanya.

Di bawah skim berkenaan juga, aktiviti pengurusan rumah tangga tidak terikat dengan rutin seharian dalam rumah, namun ia mencakupi hal-hal lain berkaitan urusan rumah tangga seperti menjaga anak-anak atau ibu dan bapa warga emas, menghantar dan mengambil anak dari sekolah, membawa ibu bapa ke temu janji doktor, membeli barang keperluan di pasar atau pasaraya dan sebagainya.

Pelaksanaan SKSSR, diperuntukkan di bawah Akta 838, menjadikan Malaysia antara empat negara di dunia yang menyediakan perlindungan sosial khusus buat golongan wanita dalam pelbagai bentuk skim dan faedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI