fbpx

53 kes keganasan rumah tangga di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 53 kes keganasan rumah tangga diterima menerusi Talian Selamat Selangor bermula 1 November tahun lalu hingga 30 September tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, berdasarkan jenis keganasan rumah tangga paling tinggi adalah melibatkan jenis psikologi dengan sebanyak 20 kes.

Katanya, ini diikuti lapan penderaan kanak-kanak, fizikal (7), ekonomi (6) manakala fizikal dan psikologi serta Orang Kelainan Upaya masing-masing 2 kes, warga emas (1) dan lain-lain (7).

“Bagi jenis keganasan psikologi ini, Talian Selamat menawarkan perkhidmatan kaunseling atau psikologi bergantung kepada permasalahan pemandiri dengan menawarkan dua jenis sesi kaunseling sama ada secara bersemuka atau atas talian.

“Selain itu, sebanyak 46 kes telah dirujuk sama ada kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Bantuan Guaman serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan Juwairiya Zulkifli (PH-Bukit Melawati) berhubung jumlah keganasan rumah tangga dilaporkan melalui Talian Selamat Selangor.

Jelas Siti Mariah, setelah hampir setahun beroperasi didapati talian selamat itu berkesan dalam impak yang positif kepada pemanggilnya.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang itu adalah termasuk memberikan informasi dan kemudahan kepada mangsa keganasan rumah tangga bagi mendapatkan rujukan dan tindakan sewajarnya untuk permasalahan yang berkaitan dengan kes tersebut.

“Di samping itu, membantu pihak bertanggungjawab seperti PDRM, JKM, Pusat Khidmat Dun dan AKPK untuk mendapatkan input maklumat dan menangani kes dengan lebih cepat,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI