fbpx

Pele dimasukkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pele merupakan seorang daripada pemain bola sepak terhebat dalam sejarah dan hanya satu-satunya pemain di dunia yang memenangi tiga Piala Dunia. – Getty Images

SAO PAULO, BRAZIL – Legenda bola sepak Brazil, Pele, dimasukkan ke hospital kerana mengalami bengkak-bengkak di seluruh badannya serta masalah kegagalan jantung, lapor portal berita MailOnline semalam.

Bekas pemain berusia 82 tahun itu yang kini sedang menjalani rawatan kanser metastatik dilaporkan pergi ke Hospital Albert Einstein di bandar Sao Paulo Selasa lalu untuk lawatan tidak berjadual, lapor stesen penyiaran ESPN Brasil yang menyifatkan keadaan Pele sebagai ‘tidak berdaya’.

Selepas dibawa ke hospital oleh isteri dan penjaganya, kakitangan perubatan mengesahkan dia mengalami keadaan anasarca (bengkak umum), sindrom edematous (edema umum) dan kegagalan jantung dekompensasi yang mengakibatkan had fungsi jantung.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa rawatan kemoterapi yang dijalani bintang bola sepak itu tidak lagi berkesan selain dia didiagnos dengan kekeliruan mental ketika dimasukkan ke hospital.

Pele juga dilaporkan menghadapi kesukaran untuk makan, sementara pasukan perubatan bersedia untuk melihat kemungkinan dia mengalami ensefalopati hepatik iaitu sejenis gangguan sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit hati teruk. 

Pegawai-pegawai hospital ketika ini tidak memberikan sebarang komen mengenai kesihatan Pele manakala isterinya mengesahkan bahawa legenda bola sepak Brazil itu berada di hospital, namun untuk menjalani rawatan kemoterapi rutin serta pemeriksaan.

Ejen Pele, Joe Fraga berkata, dia tidak mempunyai sebarang kemas kini terbaharu mengenai status kesihatan bekas penyerang Brazil itu.

Pele merupakan seorang daripada pemain bola sepak terhebat dalam sejarah dan hanya satu-satunya pemain di dunia yang memenangi tiga Piala Dunia. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI