fbpx

Hujan lebat lebih sejam punca Sungai Ramal naik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANJIR kilat di KM25.6 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK),Sungai Ramal, di sini, petang tadi.

KAJANG – Hujan lebat melebihi sejam menjadi punca berlakunya banjir kilat di Kilometer (KM) 25.6 Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (SILK) daripada Putrajaya menghala ke Kajang, Sungai Ramal, di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Mohd Jaslizad Jalil berkata, tiada kerja-kerja penyelamatan dijalankan serta tiada mangsa terlibat dalam insiden banjir kilat berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak kami mendapati berlaku limpahan air ke atas jalan raya dipercayai akibat longkang tersumbat susulan hujan lebat melebihi tempoh satu jam.

“Air yang berketinggian tiga kaki itu telah menyebabkan jalan raya tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan ringan.

“Banjir kilat di lokasi kejadian telah surut sepenuhnya selepas 30 minit Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemantauan di lokasi kejadian turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan melancarkan aliran trafik.

Jelasnya, operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.55 petang dan diteruskan dengan membuat pemantauan serta rondaan di kawasan berisiko banjir sekitar kawasan jagaan balai.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI