fbpx

Cheetah perkenal siri khas jersi bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa model memperagakan fesyen jersi khas Cheetah terbaharu bersempena musim bola sepak bulan ini.

PETALING JAYA – Cheetah, jenama buatan tempatan pa­ling dominan bagi pakaian sukan dan kasual sejak 1977, telah melancarkan siri khas jersi bola sepak yang disasarkan kepada para peminatnya.

Pengarah Eksekutif Cheetah Holdings Berhad, Roy Ho Yew Kee berkata, koleksi ini mempamerkan kehebatan Cheetah dalam jalinan warna-warna terang dan reka bentuk berani dengan fungsi berorientasikan sukan.

Ia bertujuan untuk mencipta keunikan fesyen di dalam dan di luar padang bersesuaian untuk dipakai peminat bola sepak ketika menyokong pasukan ke­gemaran mereka.

Menurut beliau, koleksi de­ngan penampilan kasual itu dapat memenuhi perubahan gaya hidup dan kehendak peminat bola sepak tidak kira kaum lelaki atau perempuan.

Lebih menarik, konsep dan reka bentuk jersi bola sepak tersebut direka khas oleh pereka terkenal dan Pengarah Kreatif Cheetah sendiri, Datuk Jovian Mandagie.

“Siluet bersaiz besar de­ngan fabrik sejuk menjanjikan ke­puasan serta keselesaan terbaik bagi si pemakai berse­suaian dengan gaya hidup aktif peminat bola.

“Warna-warna cerah di­pilih untuk meraikan musim bola sepak ini yang dijangka menggembirakan peminat dunia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Menurut Yew Kee, rakyat di negara ini amat meminati bola sepak dan Cheetah kini berada di kedudukan terbaik untuk menawarkan peminat bola sepak peluang untuk menzahirkan cetusan diri mereka sendiri dan bersatu dengan dunia bagi me­raikan ekstravaganza bola sepak yang berlangsung sekarang.

“Cheetah juga memiliki kaitan dengan bola sepak yang lama dan merupakan jenama bagi jersi rasmi Kelab Bola­sepak Perak.

“Siri jersi bola sepak yang kami perkenalkan ini direka khas untuk kelihatan bergaya dan pada masa sama, ber­prestasi baik di dalam sebarang pertandingan kompetitif,” kata beliau.

Siri jersi bola sepak Cheetah kini boleh didapati di kedai jualan Cheetah terpilih dan dua kedai utama Cheetah Flagship Stores di Pusat Beli-Belah 1 Utama dan SkyAvenue, Genting Highlands, Pahang dengan harga jualan bermula RM39 dan ke atas.

Selain itu, Cheetah juga menganjurkan Peraduan Bola Sepak Cheetah yang menawarkan hadiah wang tunai sedang bermula sekarang sehingga 19 ­Di­sember 2022.

Pembelian boleh dibuat di kedai, kaunter atau laman web Cheetah selain promosi dan pameran juga diadakan di pusat beli belah terpilih yang menawarkan pelbagai permainan menarik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI