JARANG berkongsi gambar bersama suaminya, Ude, tetapi perkongsian pelakon Izreen Azminda yang baru-baru ini memuat naik foto romantis mengundang banyak maklum balas netizen.
Dalam foto tersebut, bintang Juvana itu menunjukkan wajah lucu di sisi insan tercinta sambil menyertakan kapsyen penuh bermakna.
Kata Izreen, dia tidak boleh terlalu kerap memuat naik foto mesra sebegitu kerana bimbang boleh membuatkan banyak pihak tidak selesa.
Luah ibu tiga anak itu lagi, sesekali tidak mengapa, tetapi jangan kerap bagi menggelakkan orang meluat.
“Tak boleh (selalu muat naik) nanti orang kata terlalu mencuba. Kita biar rileks.
“Biar sesuai dengan umur. Tenang-tenang,” ulas Izreen membalas komen netizen.
Ramai meninggalkan komen pujian yang mengatakan wajah mereka seiras, sekali gus memberi petanda sebagai pasangan serasi.
MIZZ LAHAR: Galak ya seorang artis lelaki ‘like’ foto jantan seksi.