fbpx

Pelantikan ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tidak dibuat PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara, hari ini. Ihsan Facebook Istana Negara

PETALING JAYA – Majlis Raja-raja hari ini menggesa agar pelantikan lima ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perutusan Pengerusi Mesyuarat Raja-raja, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir bertitah, ketika ini proses pelantikan hakim di Malaysia mempunyai kelemahan dan boleh diperbaiki.

“Untuk memastikan JAC bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli JAC tidak dibuat oleh Perdana Menteri sebaliknya diberikan kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-undang Sana, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

“Dengan kaedah ini, keanggotaan JAC akan lebih seimbang, dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak,” titah Baginda selepas Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-260 yang berakhir hari ini.

Titah Tuanku Muhriz lagi, JAC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan pelantikan hakim.

Baginda berkata, keanggotaan JAC adalah kritikal untuk memastikan JAC terus berkemampuan mengemukakan nama-nama hakim yang berintegriti dan berkaliber.

“Beta juga mencadangkan supaya struktur JAC turut dinilai semula dengan rundingan dibuat antara kerajaan, ahli JAC sedia ada dan badan-badan guaman serta institusi lain yang relevan.

“Beta juga yakin JAC akan mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan menjadikan pemilihan serta pelantikan hakim-hakim di Malaysia adalah dalam kalangan individu yang berkeperibadian mulia, telus dan adil,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI