fbpx

Luluh hati tengok cucu bawah tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaiton (tengah) yang tidak dapat menahan kesedihan ditenangkan saudara mara di Jabatan Forensik HSB, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Luluh hati seorang warga emas melihat cucu kesayangan terkulai di celah-celah tiang elektrik yang jatuh menghempapnya dalam kejadian di Kampung Belukar, Changlun dekat sini semalam.

Menurut Zaiton Abu, 64, nenek kepada Allahyarham Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku ketika dia berada di dalam rumah yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

“Saya terkejut bila dengar bunyi dentuman seperti guruh sebelum terdengar jeritan budak dan terus ke tempat itu.

“Rasa nak pengsan apabila tengok cucu di celah-celah tiang elektrik tersebut. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Suasana di pekarangan jabatan itu penuh dengan tangisan tatkala ahli keluarga Muhammad Aqil Wafiq termasuk ibu bapanya berkumpul untuk menuntut jenazah setelah selesai proses bedah siasat.

Kejadian itu meragut nyawa Muhammad Aqil Wafiq serta mengakibatkan dua rakannya cedera parah pada bahagian kaki dan badan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI